Perniagaan KEDAI KEK SEJATI INDAH Enterprise adalah sebuah perniagaan yang didaftarkan pada 11 Julai 1999 dibawah Akta Syarikat 1965. Operasi syarikat ini adalah berasaskan bakeri dan juga pastry.
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan operasi syarikat dikendalikan oleh Puan Munirah Binti Salleh bersama-sama kakitangan yang terlatih,cekap, dan amanah serta berpengalaman luas di dalam bidang yang diceburi. Pada asalnya perniagaan ini hanyalah bermula kecil-kecilan di rumah, tetapi di atas permintaan yang luar biasa, Puan Muniroh mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara serius.
Perkembangan dunia korporat yang kian maju serta pengiktirafan Bumiputera sebagai transaksi dagangan. Oleh sebab inilah, syarikat ini ditubuhkan agar bumiputera tidak ketinggalan di dalam bidang perniagaan, seiring dengan bukan bumiputera di dalam mererebut peluang dan juga pasaran yang sedia ada. Selain itu, syarikat berpandangan bahawa pentingnya kewujudan syarikat bumiputera berasaskan bakeri dan pastri yang dapat menyediakan produk yang halal kepada pengguna.
Peluang yang diberikan kepada syarikat ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk melaksanakan segala visi, misi, dan objektif syarikat agar syarikat akan lebih berjaya dan maju seiring dengan kemajuan negara.
Comments
Post a Comment